7 July, Khamis:D'Prigi. Keluar seperti biasa. Hantar Kak Long hari ini kerana kereta bgr rosak. Masa kat jambatan gantung polis tak bagi belok ke taman meda, alama kena balik masuk subang jaya. Nasib baik ada idea masuk ke tmn Desaria. Sarapan di mamak 7/11. Sepanjang pagi di pejabat. Heran juga kenapa Hj Midun dah lama juga tak ajak makan tengah hari. Keluar ke sam sport untuk beli bola. Kemudian makan sorang sorang di nasi Arab. Petang di pejabat. Hj Midun ajak minum di mamak 7/11.Mag call dia kata Fuel pump mahal rm 850. Petang balik awal. Singgah di Serdang untuk tanya pasal fuel pump di kedai potong. Balik terus ke bengkel subang untuk tengok kereta dan ambil reket. Hj Midun call tanya pasal berapa orang diperlukan untuk kerjakerja onu authentication. Singgah di Masjid ten tapi tak der mood nak walling. Ambil kak long. Malam tak kemana.
6 July, rabu;D'Prigi. Hari ni potongi. Keluar terus ke Sec 19. Sampai sana nordin ada. Main tenis dengan Zul. Set 1 kalah 6-2. Set 2 kalah 6-3. Cuba juga nak serve bagus-bagus. Tapi kaki masih belum boleh lari betul lagi. Lepas main ke Menara PJ untuk apply package 3g. Kemudian terus ke Khadijah maju di SWY. Online kat sana. Alamak masa nak start kereta nak gi semayang tak boleh hidup la pulak. Sembahyang zohor di masjid SS7, masjid Nurul Yaqin. Masjid nurul Yaqin sedang reno. Hj Latif call pasa Sam dapat ANOC. susah juga macam ni. Hj Latif sampai dan bawa minyak. Cuba start pun tak boleh. Ada hamba Allah tolong belikan minyak. Cuba start pun tak boleh. Ahirnya terpaksa call kurnia untuk tow kereta. Tow kereta hingga ke Subang 2. Mag ambil di bengkel. Malam keluar dengan Mag ke Subang Perdana sebab dia nak beli cable Hard disk.
5 July, Selasa:D'Prigi. Keluar terus ke khatijah maju. Sarapan. Pukul 11 meeting di litrak dengan Francis. Hamizi dan Ikhwan pun ada sama. Lepas meeting terus ke TDI. Lunch di bawah jambatan. Kemudian ke site dengan Mr Gui. Balik ke SWY. Shahrul dan Norliana ada kat sanan untuk tandatangan borang permanent. Norliana persoalkan kenapa bagi permanent kepada Fitri sedangkan Arzani pun kata dia tak boleh kawal. Petang ke taman Medan. minyak pun macam nak habis. Ke rumah Pak Hatta untuk berurut. Pak hatta simple je orang nya, tapi ilmu urutan dia memag bagus. Dia cerita pasal pelangga-pelanggan dia yang kaya raya pun ada beurut. Ada juga Doktor yang berurut dengan dia. Lepas berurut terus ke khadijah maju. Walling di masjid ten.
No comments:
Post a Comment